TAZKIRAH












Fahami kifarah sakit.

Terkadang Allah jadikan sakit itu ujian,terkadang kifarah(balasan denda).Tujuannya adalah sebagai penghapus dosa.Namun sebagai penerima sakit harus kita redha dan terima, sama ada ujian maupun kifarah.Kifarah bukan hanya terhenti pada sakit sahaja..ianya melibatkan masalah,masa,kewangan dan lain-lain.Pada amnya pesakit selalu mengeluh walaupun hatinya berkata redha,antara yang selalu diungkapkan ialah sudah puas saya berubat/merawat sakit saya ini samaada dengan hospital kerajaan,hospital pakar,rawatan islam/sunnah,rawatan altenatif dan lain-lain.Sudah beribu riban dihabiskan.Ada yang kena tipu dengan itu ini.Seterusnya kita akan jaja nama-nama perawat/doktor yang tak mampu sembuhkan kita...TUHAN KE APA PERAWAT TUU!!hehe..Dia(perawat/doktor)hanya berikhtiar,berdoa,menggunakan kaedah,pengalaman dan ilmu yang dipelajarinya.

Pertama sekali jika berkeadaan begitu ,pernahkan pada awalnya kita solat taubat dan hajat,pernahkah solat istikharah mohon petunjuk atau berdoa agar ditemukan perawat atau ubat yang serasi.Jelas kebanyakkan manusialah rujukan kita,bukan kepada yang memberi masalah atau penyakit kita adukan...Cuba fahami apa itu takdir(ketentuan Allah)..Sezarah kita bergerak semuanya takdir,beribu ribu kita berubat adalah takdir..fahami kifarah(denda) dan ujian..itulah nilainya kesembuhan yang perlu dikeluarkan walaupun akhir kesembuhan kita hanya pada kosRm10.00...
Kita dengar kos rawatan laser batu karang di hospital atau pembedahan batu hempedu memakan belanja RM 10 hingga 30 ribu...tetapi setelah beberapa tahun kes tersebut berulang..Ada juga perawat altenatif hanya bermodalkan rm puluh atau ratus ringgit..tetapi dengan izin Allah ianya pulih.
Sebenarnya itulah nilai kifarah dan ujian yang perlu kita bayar dan lalui....
Wallahhua'lam.

Berita Terkini
Loading...
Hantar Email Anda
Press Esc to close
Hakcipta © 2012-2015 Rawatan Alternatif AkuBukanDukun Hak Cipta Terpelihara