Rawatan


Rawatan Secara Jarak Jauh Sahaja Kerana :

1.Menjimatkan masa pesakit dan perawat 
(tidak perlu beratur panjang mendapatkan nombor giliran , tidak perlu ambil cuti dan tak menyusahkan ahli keluarga yang lain)

2.Menjimatkan kos 
( jimat minyak,tol,makan minum)
Jadi cuba fikir dan renung-renungkan penjimatan yang anda dapat? Anda cuma perlu keluar upah rawatan sahaja. Perawat juga manusia biasa yang sanggup berkorban masanya bersama keluarga untuk mengikhtiarkan masalah anda.

Update Kadar Mahar  Rawatan:
Kadar Upah/Mahar Yang dikenakan bergantung pada kes ringan atau berat dan berapa lama masa yang diperuntukkan untuk rawatan tersebut. 

Kes Berat : RM150-RM250  sekali bayar termasuk rawatan susulan antara 3-5 hari atau lebih. (Amalan zikir turut diberi)

Kes Sederhana : RM50-RM150 sekali bayar termasuk rawatan susulan antara 3-5 hari atau lebih. (Amalan zikir turut diberi)

Kes Ringan : SEIKHLASNYA sekali bayar termasuk rawatan susulan 1-2 hari.

http://www.youtube.com/watch?v=X6I9BilJBMI

Hukum menerima bayaran rawatan
Kata Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni"Ada pun mengambil upah rukyah,maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan harus dan beliau sendiri mengatakan 'tidak mengapa".Kata Ibnu Hazam pula dalam Kitab Al-Mahalli,"Upah rukyah adalah harus" Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitabnya Feqh As-Sirah berkata "Malik.Syafie,Ahmad Ishak dan Abu Thaur berpendapat harus mengambil upah rawatan manakala Abu Hanifiah memperincikan iaitu haram mengambil upah bagi mengajar Al-Quran dan harus pula untuk rukhah"

Berdasarkan sandaran-sandaran di atas dapat di simpulkan bahawa dibolehkan mengambil ganjaran(bukan sedekah)dari usaha rawatan rukyah sama ada di tentukan kadarnya atau tidak.

Terdapat juga di kalangan masyarakat kita yang tidak dapat menilai jumlah ganjaran yang perlu di beri kepada perawat.Perlu diingat perawat mempertaruhkan diri,nyawa dan keluarnganya dalam membantu juga merawat pesakit,adakalanya perawat atau keluarganya di ganggu juga diserang oleh kerana makhluk jin ini juga dukun-dukun sihir membalas dendam atas kerja-kerja rukyah juga rawatan yang dilakukan kepada pesakitnya

Perawat juga perlu mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarganya.Kerja-kerja merawat adakalanya mengurangkan kerja-kerja lain yang perlu dilakukan serta masa bersama keluarga.

Amalan doa,zikir,ilmu dan sebagainya.


Doa,zikir,ilmu dan juga amalan kalimah-kalimah juga ayat-ayat Allah dibaca oleh perawat setiap hari,terutamanya selepas solat merupakan Nur,yang terbina dan terkumpul padat dari masa ke semasa pada diri pengamal.Hasil dari amalan tersebut ialah kekuatan batini yang sukar di perolehi dengan jalan lain.Nur yang terkumpul pada diri tadi dapat di alirkan untuk mengubati pesakit melalui sentuhan,kerana itulah seseorang yang Nurnya kuat,keyakinan terhadap Allah semakin meningkat dan menjadikan dirinya semakin hampir pada Allah .Ini menyebabkan doanya mudah diterima.Lantaran itu terdapat perawat yang dapat menolong menyembuhkan pesakit melalui sentuhan tangannya sahaja.


Nur yang wujud pada diri yang membentuk keutuhan iman tidak akan berkurangan biarpun digunakan untuk menolong ramai pesakit.Nur itu bukan merupakan benda Maddi,ia semakin bertambah melalui amalan ibadah seumpama ini di samping menambahkan keyakinan diri melihatkan natijah baik dari hasil amalannya.Atas penjelasan ini juga kita dapati ramai pesakit yang berpunca dari gangguan-gangguan makhlus halus itu sembuh,atau terlepas dari gangguan makhluk-makhluk halus tadi hanya dengan bertentangan mata dengan perawat tadi.Nur itu bersifat metafizik,dan makhluk halus itu nature hidupnya adalah bersifat metafizik juga.Bila ia mendapati perawat itu mempunyai nur yang kuat,dan dapat mengatasi kekuatannya,maka makhluk-makhluk halus itu pun lari dengan sendirinya dan juga kepanasan.


Nur yang wujud pada perawat melalui amalan yang di jelaskan akan berkurangan atau hilang akibat perbuatan maksiat dan yang di tegah oleh Allah yang di lakukan oleh perawat berkenaan.


Sila hubungi saya di akubukandukun@aol.com untuk konsultasi masalah anda. Kirimkan sekali gambar dan nama pesakit untuk proses scanning. Insyaallah saya akan beritahu apa seadanya dengan izin Allah.

anda juga boleh hubungi saya di forum carigold : link thread akubukandukun di carigold forum


Berita Terkini
Loading...
Hantar Email Anda
Press Esc to close
Hakcipta © 2012-2015 Rawatan Alternatif AkuBukanDukun Hak Cipta Terpelihara